Perodua Myvi menggunakan Enjin EEV dengan D-CVT gear. Penggunaan minyak Myvi sangat menjimatkan (22.2km/litre) sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, mudah dikendalikan serta mesra alam sekitar.
Perodua Myvi didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Electric Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White serta dengan jaminan 5 tahun bagi semua varian dengan tahap keselamatan 5 bintang Asean NCAP rating.
Perodua Myvi merupakan antara model kereta yang terlaris di Malaysia. Anda boleh membuat tempahan secara atas talian (online) atau ‘test drive’ dan bertanya tentang Promosi Perodua Myvi terkini melalui Sales Advisor / Salesman Perodua berdekatan dengan anda, tanpa perlu datang ke ‘showroom’.
Ciri Baru
Untuk varian 1.5 liter, terdapat suis power mode pada stereng yang menajamkan kuasa. Perodua mengatakan power mode “memberi anda akses kepada rangkaian penuh kuasa enjin.” Terdapat juga cermin sisi lipat automatik dan welcoming light.
Standard pada semua varian ialah kunci pintu automatik, yang dicetuskan oleh brek atau apabila kereta melebihi 20 km/j.
Varian AV terbaik bagi Myvi mendapat suite ASA yang dinaik taraf, dipanggil Perodua Smart Drive Assist (PSDA).
PSDA terdiri daripada empat ciri bantuan – ASA yang disebutkan di atas, Driving Assist, Parking Assist, dan Headlamp Assist. Perodua berkata ini membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2.
Harga Myvi baru 2025 bermula dari RM 48,550 untuk varian 1.3L G (Without PSDA), sementara varian teratas 1.5L Advance berharga RM 61,950. Harga di bawah termasuk kiraan bayaran bulanan untuk 7 tahun dan 9 tahun sama ada dengan 10% downpayment atau full loan. Hubungi Sales Advisor Perodua berhampiran anda untuk tawaran terbaik.
Harga bagi setiap varian kereta Myvi baru 2025 di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
MYVI 1.3 (G) – Without PSDA: RM48,137.38
MYVI 1.3 (G): RM50,186.99
MYVI 1.5 (X): RM52,991.64
MYVI 1.5 (H): RM56,790.86
MYVI 1.5 (AV): RM61,914.88
Apa pilihan warna kereta Myvi?
Perodua Myvi tersedia dalam 5 pilihan warna di Malaysia iaitu:
Cranberry Red
Granite Grey
Electric Blue
Glittering Silver
Ivory White
Berapa gaji minimum untuk beli Myvi?
Gaji bermula RM2,500 layak untuk beli Myvi. Gaji bawah daripada RM2,500 juga tetap layak, tetapi layak bersyarat iaitu perlu ada penjamin sama ada Ibu Bapa atau pun pasangan.
Berapa bayaran bulanan Myvi?
Bayaran bulanan kereta Myvi baru berbeza mengikut lokasi. Dengan downpayment 10%, bayaran bulanan kereta Myvi bermula RM515 bagi kawasan Semenanjung Malaysia.
Bagaimana nak tempah kereta Myvi baru?
Terdapat lebih 100+ Sales Advisor Perodua seluruh Malaysia di dalam website Perodua.my. Anda boleh buat tempahan kereta baru Myvi melalui penasihat jualan sah Perodua di sini.
Berapa lama tempoh menunggu tempahan kereta baru Myvi?
Tempoh masa menunggu adalah di antara 1 hingga 4 bulan bergantung kepada stok daripada HQ Perodua.
Dimana showroom Perodua berdekatan dengan saya?
Kami senaraikan Salesman Perodua mengikut negeri. Anda boleh melalukan tempahan secara atas talian (online) atau pandu uji (test drive) kereta Perodua di showroom berdekatan.
Dokumen apa yang diperlukan untuk beli kereta Myvi baru?
Berikut adalah SOP & maklumat yang diperlukan untuk tempah kereta Perodua. Semua dokumen & maklumat anda dijamin rahsia & selamat dari pihak ketiga.