DISCLAIMER: Ini bukan web rasmi Perodua. Official web Perodua Malaysia ialah Perodua.com.my

Web Design by Pemaju Digital

Senarai Sales Advisor Perodua.

Perodua Ativa Baru: Ciri-Ciri dan Review Penuh Perodua Ativa 2022

3.5/5 - (4 votes)
ativa 2022

Perodua Ativa telah memperkenalkan Ativa sebagai kereta jenis SUV 5 seater.

Melalui pelancaran perasmian maya, Ativa yang bermaksud “aktif” dalam bahasa portugis adalah nama yang sesuai dengan reka bentuk dan penampilannya yang sport.

Perodua Ativa adalah kategori kereta dengan harga mampu milik yang sangat sesuai bagi pasangan muda, keluarga kecil dan orang yang gemarkan aktiviti sport seperti mengembara.

Ia juga sangat padan pada mereka yang menginginkan kereta yang berbentuk sporty tetapi nampak seperti eksklusif.

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda serba sedikit tentang Ativa. Nak tahu apa yang menarik tentang Ativa? Mari kita ulas lebih lanjut.

ativa 2022

Harga dan Varian

Perodua Ativa dipertontonkan kepada semua dengan 3 jenis Varian iaitu X, H dan AV.

Diikuti dengan harga terendah dari x sehingga harga tertinggi bagi spesifikasi AV yang lebih advance. Ianya dijual dengan bajet yang kecil dan bukanlah bertaraf harga kayangan.

Pada hari perasmiannya, Perodua telah mengumumkan harga rasmi jualannya dengan harga yang bermula dari RM61,500.

Harga itu ditawarkan bagi Varian X dan RM66,100 bagi varian H. Manakala AV yang menggunakan spek teratas dijual dengan harga yang bermula dari RM71,200.

Ingin saya maklumkan disini terlebih dahulu bahawa harga yang diatas adalah julat harga yang tidak termasuk insuran.

ativa 2022
Color

Perodua Ativa didatangkan dengan tujuh jenis color yang sangat menarik iaitu Pearl Delima Red, Pearl Diamond White, Cobait Blue, Granite Grey, Glittering Silver, Pearl Diamond White (Black Roof) dan Pearl Delima Red (Black Roof).

Bagi Pearl Diamond White (Black Roof) dan Pearl Delima Red (Black Roof), ianya hanya terdapat pada spesifikasi AV sahaja dengan Dua Tona Special Metallic color.

ativa 2022 ativa 2022

Rekaan Luaran

Perodua Ativa terletak pada platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Perodua telah membuat pelarasan khusus Malaysia untuk Ativa, termasuk mereka bentuk semula banyak komponen dalaman dan luaran, menghasilkan sesuatu yang lebih besar untuk memenuhi citarasa Malaysia.

Paling ketara ialah rekaan gril hadapan yang lebih besar dan memanjang dikedua dua lampu utama LED, serta lampu kabus hadapan berbentuk L mengelilingi.

manakala rekaan bonet belakang yang cukup menarik hampir sama dengan model Myvi baharu.

Ativa dihasilkan dengan dimensi 4,065 mm panjang, 1,710 mm lebar, 1,635 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,525 mm.

Perodua Ativa juga adalah model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build dan dibina atas Platform Global.

ativa 2022

Perodua menawarkan, 1.0 X peringkat permulaan mendapat rim aloi 16 inci siap perak, manakala varian 1.0 H dan 1.0 AV mendapat unit dwi-nada 17 inci.

Di bahagian belakang pula, Ativa mendapat kemasan krom dan hitam yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang LED, serta kemasan berbentuk L.

Kemasan perak di bawah pemegang plat nombor menjadikan bahagian belakang Ativa nampak lebih kemas dan cantik.

ativa 2022

Ruang Dalaman

Semua varian Ativa dikuasakan oleh enjin tiga silinder pengecas turbo 1.0 liter yang dipadankan dengan D-CVT. ianya cukup baik untuk 98 PS dan 140 Nm.

Melangkah masuk ke ruang dalaman Ativa ini cukup mempersonakan kerana kekemasannya cukup memuaskan hati.

Paling mengujakan ialah ia dipadankan dengan panel instrumen separa digital, roda stereng yang hanya dilengkapi butang kawalan Power (ciri standard), sistem infotainmen kawalan manual, butang start enjin dan pelbagai ciri terkini.

Berbeza dengan model sebelumnya, Ativa datang dengan sistem kunci Smart Entry dengan touch sensor.

Jika anda sentuh bahagian pemegang pintu, sistem kunci Ativa akan terbuka tetapi hanya pada bahagian pintu pemandu sahaja.

Dan jika ingin membuka semua pintu, anda perlulah menyentuh pintu depan sebanyak dua kali.

ativa 2022

Rekaan papan pemuka juga kelihatan moden dan tekstur diamond pada radio dan panel tombol gear menjadikannya kelihatan seperti kereta mewah.

Silver insert dengan Lapisan merah pada corong penyaman udara, pemegang tombol gear, dan pemegang pintu.

ativa 2022

Ativa mempunyai lantai bonet dua peringkat, yang menawarkan 303 liter pada tahap pertama, dan maksimum 369 liter (dan ia dilengkapi dengan tayar ganti bersaiz penuh dalam semua varian) di tahap kedua.

Tempat duduk belakang Ativa juga boleh dilipat 60:40.

ativa 2022

Model AV didatangkan dengan fabrik kusyen kulit dengan warna merah dan kelabu. Rekaan stereng nya juga dihiasi dengan rekaan kulit dan jahitan benang putih.

Ia menampakkan lebih moden dan selesa untuk pemandu mengenggamnya.

Pada sistem stereng, Ativa memiliki ciri-ciri perincian seperti semua butang di stereng akan menyala dengan warna oren waktu malam, termasuk butang kawalan tambahan (ASA) di papan pemuka dan juga tombol gear.

Bagi butang yang terdapat pada bahagian stereng, butang sebelah kiri digunakan untuk membuka dan memberi arahan pada kawalan yang diletakkan dalam meter seperti Sistem Lane Keep Assist dan Lane Departure Warning.

Butang sebelah kanan pula untuk sistem kawalan pemanduan automatik adaptif. Butang audio pula berada di bahagian bawah bagi kawalan suara, menukar stesen radio atau lagu.

Enjin

ativa 2022

Ativa merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan dan ia adalah model pertama yang memenuhi standard keperluan autonomi tahap 2 dan kesemua teknologi ini menjadikannya sebagai (EEV) iaitu Energy Efficient Vehicles.

EEV membawa maksud sebagai “kenderaan yang mengikut spesifikasi di dalam terma tahap pemancaran karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km).

EEV termasuklah kenderaan jimat bahan api, hibrid, EV dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif, contohnya CNG, LPG, Biodiesel, Ethanol, hidrogen dan Fuel Cell”.

Untuk membantu anda memotong, mendaki bukit dan menuruni bukit, anda boleh menggunakan gear manual.

Anda juga boleh menukarkan gear dari slot D kepada slot S (Sport) dan turunkan gear sehingga dua kedudukan untuk membantu fungsi turbo menjadi lebih pantas.

Tetapi, jika anda ingin membuat pecutan, tekan sahaja butang POWER dan rasakan sedikit perbezaan pecutan yang lebih bertenaga.

ativa 2022

Ciri Ciri Keselamatan

Untuk pemanduan jarak jauh, Ativa merupakan pilihan yang sesuai kerana ia memiliki ruang khas untuk merehatkan tangan, kusyen yang selesa, keadaan stereng, kerusi dan tombol gear yang ergonomik yang membolehkan anda memandu 3-4 jam tanpa masalah.

Untuk pemanduan bagi jarak yang jauh, sistem Adaptive Auto Cruise juga akan aktif untuk membantu.

ativa 2022

Seperti kereta berteknologi tinggi yang lain, Ativa juga tidak ketinggalan menggunakan sistem ASA 3.0 iaitu Advanced Safety Assist yang memiliki sistem Amaran Brek Pra Pelanggaran,

Sistem Lane Departure Warning yang akan memastikan anda sentiasa menggunakan signal untuk menukar lorong.

Ativa juga menyediakan sistem amaran titik buta untuk memberikan amaran akan kehadiran motorsikal pada laluan titik buta pemandu.

Bagi sistem RCTA pula, ia berfungsi untuk mengesan kereta ketika anda sedang mengundur dengan memberikan amaran.

ativa 2022

Antara kelebihan yang terdapat pada Ativa SUV D55L ini, jika sistem ASA 3.0 ini mengesan anda terlalu banyak cuai dan leka dengan amaran yang diberikan, ia akan mencadangkan anda untuk berehat.

Dengan kelebihan ini, ia dapat mengurangkan risiko kemalangan diatas jalan raya.

Ciri ciri yang ada pada Ativa sebenarnya hanya terdapat pada kenderaan berharga lebih RM100,000 tetapi anda boleh nikmatinya sendiri dengan harga bawah RM70,000.

Tentunya berbaloi kan? Ya, sangat berbaloi.

Berbeza pula dengan harga kereta Bezza. Boleh layari link ini untuk lihat ciri-ciri penuh Bezza: Perodua Bezza Baru

ativa 2022 ativa 2022

Kesimpulannya, meskipun zaman kini memiliki teknologi yang moden dan juga canggih dengan pelbagai kemudahan teknologi, sebagai pengguna juga anda mestilah bijak untuk memilih kereta idaman anda dengan harga yang mampu milik.

ativa 2022
ativa 2022ativa baruharga ativaperodua ativaperodua ativa 2022

1 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di halaman ini dan ia adalah tanggungjawab penulis komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang berunsurkan spam, bersifat kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

  1. ALIAS BIN MANAP
    -

    PENJIMATAN MINYAK BAGAIMAN APABILA MENGGUNAKAN TURBO

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.