Perodua Axia Baru: Ciri-Ciri dan Review Penuh Perodua Axia 2022

5/5 - (1 vote)
axia 2022

Musim pandemik ini banyak mendorong minat masyarakat Malaysia terhadap produk produk buatan Malaysia yang pastinya berkualiti dan murah.

Perodua Malaysia juga antara produk lokal yang tidak ketinggalan dalam senarai produk berpatutan dengan kualiti yang bagus.

Hal ini berkat kehadiran platform penjualan digital sehingga mempermudahkan urusan jual beli diatas talian.

Perodua Malaysia menjadikan platform digital sebagai salah satu platform untuk mempromosikan kereta keluarannya.

Kini Perodua Malaysia telah melancarkan Perodua Axia yang baru dengan lebih banyak penambahbaikan dan menambah ciri ciri fungsi bentuk rekaan luaran, dalaman dan keselamatan untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan.

Ia juga merupakan salah satu kereta paling berpatutan dipasaran tempatan. Seperti yang diketahui umum, Perodua Axia yang pertama diperkenalkan adalah pada tahun 2014.

Kemudian diubah penampilannya pada 2017 dan kini ia sekali lagi muncul dengan 6 penampilan dan spesifikasinya yang baru.

Terdapat enam jenis varian baharu yang dikeluarkan iaitu Varian E, G, GXTRA, SE, STYLE dan juga Varian AV.

Apa yang menarik pada artikel kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda perbezaan setiap varian untuk memudahkan anda membuat penilaian dan pemilihan sendiri.
axia 2022
1. AXIA VARIAN E

Rekaan Luaran

• Saiz tayar jenis 175/65 R14
• steel rim.
• Grill hadapan dicat dengan standard cat
• menggunakan lampu hadapan jenis projector.

Rekaan Dalaman

• tempat duduk ialah standard dari jenis fabrik
• panel meter amber Illumination.
• Multi info display pula hanya paparan info service sahaja.

Ciri Ciri Keselamatan

• 2 Beg udara dual SRS
• Amaran Tali Pinggang Keledar
• Isofix
• Anti theft device

Enjin

• Enjin 1KR-VE DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection dengan VVT-i
• CC 998
• Tork (max) 91Nm
• Tangki minyaK 33liter
• Penggunaan Bahan Api 22.5km/l

Warna

• Ivory White sahaja

Harga

• Rm24,090.00
• Tidak termasuk cukai jalan dan insuran
axia 2022
2. AXIA VARIAN G

Rekaan Luaran

• Menggunakan lampu hadapan jenis projector
• Gril hadapan dicat dengan standard cat
• Lampu belakang LED (lens merah)
• Pengelap cermin belakang
• Saiz tayar 175/65 R14 rim aloi

Rekaan Dalaman

• Panel meter jenis amber illumination
• Menggunakan tempat duduk jenis fabrik standard
• Terdapat multipurpose container dan poket dibahagian tempat duduk
• Audio system berserta usb
• Dua speaker didepan
• Multi info display : info service, purata penggunaan bahan api, dan CFC
• Power window
• Central locking

Ciri Ciri Keselamatan

• 2 beg udara SRS
• ABS dan EBD
• Amaran tali pinggang keledar
• Wireless door lock & alarm
• Anti theft device

Enjin

• Transmisi 4AT (automatik)
• Enjin 1KR-VE DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection dengan VVT-i
• CC 998
• Tork (max) 91Nm
• Tangki minyak 33liter
• Penggunaan Bahan Api 21.6km/l

Warna

• Ivory White, Glittering Silver Dan Midnight Blue

Harga

• RM33,490 tanpa insurans dan cukai jalan.
axia 2022
3. AXIA VARIAN GXTRA

Reka Bentuk Luaran

• Menggunakan gril hadapan standard dan krom
• Lampu hadapan jenis projector
• Lampu belakang jenis LED (lens merah)
• Memiliki cermin sisi elektrik
• Pengelap cermin belakang
• Saiz tayar berukuran 175/65 R14
• Rim aloi

Reka Bentuk Dalaman

• Menggunakan panel meter ember illumination
• Kerusi yang diperbuat standard dari jenis mid type
• Memiliki multi purpose container
• 2 speaker didepan dan 2 dibelakang
• Audio system berserta usb
• Multi info display : info service, CFC, purata penggunaan enjin dan lain lain.
• Power window
• Memiliki central locking

Ciri Ciri Keselamatan

• 2 beg udara dual SRS
• ABS dan EBD
• Vehicle stability control (vsc) dan traction control (tcs)
• Seatbelt warning
• Isofix
• Wireless door lock & alarm
• Anti theft device
Enjin

• Transmisi 4AT (automatik)
• Enjin 1KR-VE DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection dengan VVT-i
• CC 998
• Tork (max) 91Nm
• Tangki minyak 33liter
• Penggunaan Bahan Api 21.6km/l

Warna

• Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue, Dan Lava Red

Harga

• RM34,990 tanpa insurans dan cukai jalan.
axia 2022
4. AXIA VARIAN SE

Rekaan Bahagian Luaran

• Grill hadapan jenis krom dan standard
• Terdapat garisan merah (red lining) pada skirting bahagian bampar depan dan belakang
• Spoiler belakang berserta lampu brek ketiga LED
• Lampu hadapan menggunakan projector high
• lampu kabus
• lampu belakang menggunakan LED (lens merah)
• cermin sisi elektrik
• penggelap cermin belakang
• saiz tayar 175/65 R14
• Rim aloi

Rekaan Bahagian Dalaman

• Panel meter berwarna white illumination
• Kerusi duduk bahagian hadapan jenis semi bucket dari fabrik SE
• Poket dibahagian tempat duduk
• Multi purpose container
• Audio system berserta usb dan Bluetooth
• 2 speaker didepan dan 2 speaker dibelakang
• Power window
• Multi info display : info servis, purata penggunaan bahan api, cfc dan lain lain
• Central locking
• Smart entry dan push start button

Ciri Ciri Keselamatan

• 2 beg udara dual SRS
• ABS dan EBD
• Vehicle stability control (vsc) dan traction control sistem (tcs)
• Amaran tali pinggang keledar
• Isofix
• Wireless door lock & alarm
• Anti theft device

Enjin

• Transmisi 4AT (automatik)
• Enjin 1KR-VE DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection dengan VVT-i
• CC 998
• Tork (max) 91Nm
• Tangki minyak: 33liter
• Penggunaan Bahan Api 21.6km/l

Warna

• Ivory white, glittering silver, midnight blue dan lava red

Harga

• RM38,890 tanpa insurans dan cukai jalan.
axia 2022
5. AXIA VARIAN STYLE

Rekaan Bahagian Luaran

• Gril hadapan jenis standard dan krom (berbeza dari design yang lain)
• Spoiler dibelakang berserta lampu brek ketiga LED
• Skirting tepi
• Lampu hadapan jenis high projector
• Lampu kabus
• Lampu belakang jenis LED (lens putih)
• Pengelap cermin belakang
• Reflector belakang
• Cermin sisi elektrik
• Blacked out pillar
• Saiz tayar jenis 175/60 R15
• Rim aloi

Rekaan Bahagian Dalaman

• Panel meter jenis white illumination
• Tempat duduk bahagian hadapan dari semi bucket fabrik style
• Poket dibahagian tempat duduk
• Multi purpose container
• Sistem audio berserta usb
• 2 speaker didepan dan 2 dibelakang
• Multi info display : info service, purata penggunaan bahan api, CFC dan lain lain
• Central locking
• Smart entry & push start button
• Power window

Ciri Ciri Keselamatan

• Beg Udara Dual SRS: 2
• ABS dan EBD
• Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TCS)
• Peringatan Tali Pinggang Keledar
• ISOFIX
• Anti theft device
• Wireless door lock & alarm

Enjin

• Transmisi 4AT (automatik)
• Enjin 1KR-VE DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection dengan VVT-i
• CC 998
• Tork (max) 91Nm
• Tanki minyak 33liter
• Penggunaan Bahan Api 20.8km/l

Warna

• Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue Dan Sunrise Orange

Harga

• RM38,890 tanpa insurans dan cukai jalan.
axia 2022
6. AXIA VARIAN AV (VARIAN TERATAS)

Rekaan Bahagian Luaran

• Gril hadapan jenis standard dan krom
• Skirting dibahagian bamper depan dan belakang dengan garisan glossy hitam
• Lampu hadapan jenis high projector
• Spoiler belakang serta lampu brek ketiga LED
• Lampu kabus
• Lampu belakang LED (lens merah)
• Cermin sisi elektrik
• Pengelap cermin belakang
• Blacked out pillar
• Saiz tayar jenis 175/65 R14
• Rim aloi

Rekaan Bahagian Dalaman

• Paparan panel meter jenis white illumination
• Jenis fabrik tempat duduk hadapan ialah semi bucket dabrik SE
• Poket dibahagian tempat duduk belakang
• Multi purpose container
• Multimedia system berserta navigation smartlink, usb, Bluetooth dan hdmi
• 2 speaker didepan dan 2 dibelakang
• Multi info display : info service, purata penggunaan bahan api, CFC
• Power window
• Smart entry & push start button
• Sensor kamera undur
• Central locking

Ciri Ciri Keselamatan

• 2 beg udara dual SRS
• ASA 2.0 (advanced safety assist)
• Vehicle stability control (VSC) dan traction control system (TCS)
• Seatbelt warning
• Isofix
• Wireless door lock & alarm
• Anti theft device

Enjin

• Transmisi 4AT (automatik)
• Enjin 1KR-VE DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection dengan VVT-i
• CC 998
• Tork (max) 91Nm
• Tangki minyak 33liter
• Penggunaan Bahan Api 21.6km/l

Warna

• Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue, Dan Lava Red

Harga

• RM43,190 tanpa insurans dan cukai jalan.

axia 2022
Apa itu ASA 2.0?

ASA 2.0 adalah ringkasan kepada advanced safety assist. Komponen utama ASA 2.0 ialah kamera stereo.

Ia dipasang pada kamera depan bagi mengesan halangan dibahagian hadapan.

Ia memiliki empat fungsi utama yang membantu dalam situasi yang berbeza.

Antaranya ialah Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) Dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan risiko pelanggaran dibahagian hadapan pada kelajuan antara 4 hingga 80km/j dan 4 hingga 50km/j bagi pejalan kaki.

Brek Pra-Pelanggaran (PCB) pula akan diaktifkan jika anda tidak memberhentikan kenderaan sejurus amaran dibunyikan.

Sistem ini akan mengaktifkan brek pertama yang disebut sebagai brek utama. Ia akan memperlahankan kenderaan dengan membrek secara perlahan.

Jika sistem mengenalpasti bahawa pelanggaran tidak dapat dielakkan,brek sekunder akan diaktifkan dan kereta akan diberhentikan sepenuhnya secara automatik.

Fungsi bagi Amaran Pergerakan Hadapan (FDA) membolehkan pemandu mengetahui apabila kenderaan hadapan telah bergerak.

Ia akan mengesan kenderaan dalam jarak 10 meter dihadapan kenderaan anda. Seterusnya ialah Kawalan Kesilapan Pedal (PMC).

PMC mengawal kuasa enjin apabila pemandu secara tidak sengaja dengan menekan pedal minyak. Kamera stereo mengesan halangan dalam jarak 4 meter dihadapan kereta anda.

Apabila anda menekan pedal minyak, sistem pmc akan menahan kuasa enjin dan menghalang kereta daripada bergerak ke hadapan.

axia 2022
Kesimpulannya, perbezaan dari setiap varian yang ditawarkan adalah berdasarkan spesifikasi, ciri keselamatan dan aksesori yang terdapat di varian tersebut.

Tetapi perodua masih lagi mengekalkan varian axia sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Jadi, penggunaan bahan api tidak akan membebankan pengguna Perodua Axia.

perodua axiaaxia 2022axia baruperodua axia baruperodua axia 2022

1 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di halaman ini dan ia adalah tanggungjawab penulis komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang berunsurkan spam, bersifat kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

  1. nurul fatin
    -

    axia stye 2022

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.