DISCLAIMER: Ini bukan web rasmi Perodua. Official web Perodua Malaysia ialah Perodua.com.my

Web Design by Pemaju Digital

Senarai Sales Advisor Perodua.

Perodua Aruz Baru: Ciri-Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022

2.8/5 - (109 votes)
aruz 2022

Perusahaan Autombil Sdn Bhd Perodua secara rasminya telah melancarkan kenderaan SUV 7 Seater terbarunya iaitu Perodua Aruz.

“Ini menjadikannya antara SUV dengan nilai terbaik pada masa kini”, katanya pada majlis pelancaran Perodua Aruz.

SUV 7 Seater Perodua Aruz telah menerajui arah baharu dengan mempertingkatkan inisiatif demi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan Perodua.

Presiden dan CEO Perodua Dato Zainal Abidin Ahmad berkata “Perodua merakamkan rasa terima kasih kami kepada semua pelanggan kami yang dihargai.

Maklum balas mereka membantu kami mengubahsuai Aruz untuk lebih memuaskan keperluan dan kehendak sebenar majoriti rakyat Malaysia.”

Tambah beliau lagi, “Perodua Aruz muncul SUV paling laris untuk pasaran tempatan dengan 60 000 unit aruz yang telah terjual sejak pengeluarannya tahun 2019. Bagaimanapun, dengan semangat yang ada, kami percaya sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan”.

Perodua masih mengekalkan prinsipnya iaitu “kenderaan mampu milik”.

Kesemua model Perodua bukan sahaja mampu milik dari segi harga tetapi juga dari segi bahan api, penyelenggaraan, alat ganti dan nilai jualan semula.

Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan ciri ciri menarik Perodua Aruz yang menjadikannya pilihan terbaik untuk dimiliki.

aruz 2022

 

Varian dan Warna
Perodua mengeluarkan dua varian bagi Perodua Aruz iaitu varian X dan varian Av.

Bagi warna pula, lima pilihan warna yang menarik bagi Perodua Aruz iaitu Electric Blue, Granite Grey, Glittering Silver, Ivory White Dan Passion Red.

Bagi Passion Red, ianya hanya terdapat pada varian Av sahaja.

aruz 2022

Enjin
Kedua-dua varian berkongsi enjin empat silinder aspirasi semula jadi 2NR-VE 1.5 liter yang sama, menawarkan 102 PS pada 6,000 rpm dan tork 133 Nm pada 4,200 rpm.

Kilang Dwi VVT-i menghantar pemacu ke roda belakang melalui transmisi automatik 4E-AT empat kelajuan, dan mempunyai penggunaan bahan api berkadar 15.6 km/l (6.4 l/100 km) dengan sistem Eco Idle.

Ia sejenis kereta yang dibuat dengan pemanduan yang dinamik serta enjin yang boleh beroperasi pada rpm yang tinggi untuk keselesaan, juga dilengkapi peralatan yang canggih dan sangat seronok untuk dipandu pada perjalanan yang jauh dalam keadaan yang santai.

Aruz menggunakan bahan api yang sangat minima dan boleh meredah permukaan jalan dengan selesa dan selamat.

aruz 2022

Reka bentuk
Penggunaan teknologi lampu LED utama menghasilkan teknologi LED yang lebih kemas dengan menghubungkan guide light dan bersambung dengan kemasan krom logo Perodua.

Enjin dan kotak gear Aruz dipasang secara menegak dan kuasa enjin akan disalurkan pada roda belakang dengan menggunakan propeller shaft (aci padu).

Susunan ini dikenali sebagai FR (front engine, reel wheel drive) dimana enjin dipasang pada bahagian hadapan dan disalurkan pada roda belakang.

Hasil reka bentuk papan pemuka lebih berseni dengan lekuk yang secara visualnya tampak lebih timbul dan kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Kemasan warna Aruz juga tampak lebih menarik.

Walaupun permainan warnanya kelihatan gelap dibeberapa bahagian, pereka khas Perodua telah menggabungkan unsur logam kilat yang telah berjaya menaikkan seri papan pemuka Aruz.

 

Antara kelebihan yang ada pada reka bentuk dalaman Aruz ialah seperti :
• Steering boleh dilaraskan ke atas dan bawah
• Ketinggian tempat duduk pemandu boleh dilaras
• Meter had laju dan meter RPM mempunyai tona, tapi cukup terang di bawah matahari terik
• Tombol gear selari dengan tangan.
• Barisan tempat duduk kedua boleh ditolak ke depan atau ke belakang. Malah tempat penyandar boleh dicondong pada sudut 60 darjah. Selesa untuk perjalanan jauh
• Penyangkut barang pada barisan tempat duduk kedua
• Sistem Smart Tag (built in)
• Suis penyaman udara digital dengan sistem memori
• Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang ‘push start’
• Peralatan kecemasan menukar tayar disimpan dibawah tempat duduk hadapan bagi memaksima ruang
• Lampu LED depan dengan fungsi Follow me Home dengan sensor penghidup automatik. (Lampu akan menyala secara automatik apabila keadaan gelap)
• Unit penyaman udara pada barisan tempat duduk kedua
• Unit perakam perjalanan digital, dipasang pada cermin hadapan
• Fungsi lipat kerusi kedua dengan satu suis sahaja
• Semua tempat duduk mempunyai perehat kepala
• Pencahayaan pada suis yang dipasang pada steering apabila lampu dinyalakan
• Corong penyaman udara di bahagian papan pemuka khusus untuk penumpang belakang
• Cermin “sunvisor” dengan lampu pencahayaan
• Tombol gear dengan “gated shift”

aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 aruz 2022

Ciri-Ciri Keselamatan

Bagi pemilihan kereta, anda juga mestilah mengutamakan pemilihan keselamatan yang ketat dan efisien.

Aruz SUV 7 Seater Perodua didatangkan dengan teknologi keselamatan ASA 2.0 yang maju bagi membantu anda mengesan dan mencegah potensi bahaya di jalan raya, supaya anda boleh berasa yakin setiap kali anda berada diatas jalan raya.

Komponen utama ASA 2.0 ialah kamera stereo. Ia dipasang pada kamera depan bagi mengesan halangan dibahagian hadapan. Ia memiliki empat fungsi utama yang membantu dalam situasi yang berbeza.

Antaranya ialah Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) Dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan risiko pelanggaran dibahagian hadapan pada kelajuan antara 4 hingga 80km/j dan 4 hingga 50km/j bagi pejalan kaki.

Brek Pra-Pelanggaran (PCB) pula akan diaktifkan jika anda tidak memberhentikan kenderaan sejurus amaran dibunyikan.

Sistem ini akan mengaktifkan brek pertama yang disebut sebagai brek utama. Ia akan memperlahankan kenderaan dengan membrek secara perlahan.

Jika sistem mengenalpasti bahawa pelanggaran tidak dapat dielakkan,brek sekunder akan diaktifkan dan kereta akan diberhentikan sepenuhnya secara automatik.

Fungsi bagi Amaran Pergerakan Hadapan (FDA) membolehkan pemandu mengetahui apabila kenderaan hadapan telah bergerak.

Ia akan mengesan kenderaan dalam jarak 10 meter dihadapan kenderaan anda.

Seterusnya ialah Kawalan Kesilapan Pedal (PMC). PMC mengawal kuasa enjin apabila pemandu secara tidak sengaja dengan menekan pedal minyak. Kamera stereo mengesan halangan dalam jarak 4 meter dihadapan kereta anda.

Apabila anda menekan pedal minyak, sistem pmc akan menahan kuasa enjin dan menghalang kereta daripada bergerak ke hadapan.

Antara ciri-ciri keselamatan lain yang turut disediakan ialah seperti :
• Enam beg udara
• ABS dengan EBD dan bantuan brek
• Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
• Bantuan permulaan bukit
• Kawalan turun bukit
• Isyarat berhenti kecemasan
• Peringatan tali pinggang keledar untuk kesemua tujuh tempat duduk
• Penahan kerusi kanak-kanak ISOFIX pada tempat duduk baris kedua luar

Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022

 

Harga
Harga jualan bagi Perodua Aruz bermula dari RM68,526.00 bagi varian X manakala varian premium pula dijual pada harga RM73,226.00.

Kesemua harga tersebut merupakan harga jangkaan untuk Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans dan cukai berkaitan. Jika termasuk insuran dan cukai, anggaran harga ialah RM70,838.85 bagi varian X dan RM75,676.65 bagi varian AV.

Berbeza pula dengan harga kereta Ativa. Boleh layari link ini untuk lihat ciri-ciri penuh Ativa: Perodua Ativa Baru

aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022 Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022

Kesimpulannya, bagi mereka yang mencari sebuah SUV untuk keselesaan dan serba lengkap, Perodua Aruz adalah pilihan utama bagi mereka yang berkeluarga dan juga terbaik kerana ia merangkumi ciri-ciri keselamatan yang mencukupi, rangkaian kuasa enjin, spesifikasi yang terbukti dan nilai pakej dengan harga yang terbaik dan mampu milik.
Perodua Aruz Baru: Ciri Ciri dan Review Penuh Perodua Aruz 2022

aruz baruperodua aruz 2022perodua aruzharga aruzaruz 2022

5 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di halaman ini dan ia adalah tanggungjawab penulis komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang berunsurkan spam, bersifat kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

  1. Hakim
    -

    Assalamualaikum Perodua, saya nk bertanya, jika service pada bulan 10, tetapi mileage masih tak sampai lagi…adakah boleh ikut mileage sahaja tanpa mengikut tarikh yang diberikan Service Centre? Tkasih

  2. Sivapragasam
    -

    I just purchased an Aruz 3 weeks ago , noticed while travelling when I press the brake there is exhilarating sound Was told this is unavoidable.
    A new car should run smoothly and this explanation is not acceptable

  3. patrick achong
    -

    selamat pagi,saya nak bagi pandangan kepada pengeluaran perodua aruz,..jika ada pengeluaran perodua aruz dimasa akan datang…jika boleh keluaran aruz yang MANUAL juga,sebab masih ada lagi yang ingin memiliki kereta mengunakan MANUAL gear.bagi pandangan saya mungkin Ada peningkatan jualan aruz jika MANUAL dikeluarkan. ARUZ X 1.5(MANUAL) & ARUZ AV 1.5(MANUAL)…sebagai contoh macam kembara dulu,ada auto&manual

  4. patrick achong
    -

    jangan keluarkan aruz gear auto,..keluarkan manual juga..spec bagi sama semua.

  5. MUHD TAKRIMI BIN ANUAR
    -

    Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

    Saya ingin bertanya,adakah Aruz keluaran 2023 sterengnya senget ke kiri sejak dari kilang lagi?

    Kereta saya menghadapi masalah ini dan telah dibaiki oleh pusat servis.

    Adakah ia dalam pengetahuan pihak HQ/QC/Seller?

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.