DISCLAIMER: Ini bukan web rasmi Perodua. Official web Perodua Malaysia ialah Perodua.com.my

Web Design by Pemaju Digital

Senarai Sales Advisor Perodua.

Perodua Bezza Baru: Ciri-Ciri dan Review Penuh Perodua Bezza 2022

3/5 - (2 votes)

bezza 2022Jenama Perodua yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kini secara rasminya telah melancarkan Perodua Bezza 2020 yang berwajah baru dengan peningkatan dari segi spesifikasi, keselamatan, pengendalian & juga keselesaan.

Hal ini berlaku selepas lima hari tempahannya dibuka dan tiga tahun setengah sejak ia mula mula menduduki pasaran tempatan.

Bezza memiliki tahap kestabilan yang kukuh dengan 184,000 unit terjual pada peringkat permulaan pengeluarannya ketika itu.

Kini Bezza sekali lagi muncul dengan versi ASA 2.0 dan menggunakan versi (ala facelift) supaya kekal relevan dipasaran tempatan.

“Kami yakin Perodua Bezza 2020 dapat mencapai matlamat kami untuk menjual 4000 unit secara purata setiap bulan “ kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad pada hari perasmiannya itu.

Jadi, apakah tarikan menarik tentang Perodua Bezza 2020 ini? Mari kita huraikan.

bezza 2022

Reka Bentuk

Pada keluaran Bezza 2020 ini, Perodua telah melakukan perubahan pada reka bentuk bahagian hadapan dengan rekaan lampu LED depan yang lebih tipis dan tajam.

Didatangkan dengan bampar baharu dan padanan grill yang menarik perhatian.

Pada bahagian sisi, skirt sisi dwi tona melengkapi kiri dan kanan Bezza untuk menjadikannya lebih sporty dan elegan.

Pada rekaan belakang pula, ianya masih sama seperti model yang terdahulu cuma bampar belakangnya telah dipanjangkan sedikit serta padanan diffuser yang lebih besar.

bezza 2022bezza 2022bezza 2022bezza 2022bezza 2022bezza 2022

Selangkah anda masuk ke dalam Bezza 2020 ini, anda akan melihat bahagian dalaman kabin yang menggunakan kerusi jenis semi bucket kulit dan panel meter yang berwarna putih.

Sistem multimedia dengan navigasi dan sambungan Smart link bagi peranti android juga termasuk dalam rekaan dalaman Perodua Bezza ini.

Perodua masih mengekalkan kualiti stereng dengan kemasan kulit yang sama, tetapi reka bentuk papan pemuka pada panel penumpang hadapan dihiasi dengan warna perak melingkari unit infotainment.

Antara kelengkapan asas lain yang ditawarkan termasuklah keyless entry, butang push start, lampu led, rim aloi, body kit yang cantik dengan dua tona warna, sensor undur dan ciri ciri keselamatan seperti ABS dan EBD.

ABS atau Anti-Lock Braking System menumpukan kepada teknologi yang dapat menghalang brek daripada terkunci, mengagihkan daya brek sama rata kepada keempat-empat tayar dan menggunakan brek untuk membantu pemandu mengawal kenderaan dengan lebih baik.

EBD pula adalah Electronic Brake Force Distribution berfungsi membantu menambah baik pengendalian kenderaan.

Jika memandu terlalu laju di selekoh dan mulai kehilangan kawalan iaitu situasi stereng dipusing, tetapi kenderaan gagal mengikut arah putaran stereng, di sini sistem EBD akan mengaktifkan input brek mengikut keperluan roda.

Maknanya, sistem EBD ini akan mengenakan brek pada tayar yang kurang cengkaman, dan menyerap tork bagi memulihkan kawalan kenderaan.

Sistem ini bekerja cukup pantas dan cekap hingga kebanyakan pemandu sendiri tidak dapat mengesan bagaimana ia beroperasi. Ini kerana EBD bekerja secara automatik setiap kali brek ditekan.

bezza 2022 bezza 2022 bezza 2022 bezza 2022

Antara ciri lain yang terdapat pada Bezza AV 2020 adalah :
• Kawalan TRC, EBD, ABS dan VSC
• Sistem Keselamatan A.S.A 2.0
• Warna baharu Garnet Red (merah metalik).
• Bantuan Daki Bukit (HSA).
• Keluasan bonet sehingga 508liter

bezza 2022

.

bezza 2022

Ciri-Ciri Keselamatan

Bezza telah menaiktaraf ciri ciri keselamatannya pada Bezza AV dengan mendatangkan ciri ASA 2.0 iaitu Advanced Safety Assist.

Komponen utama ASA 2.0 ialah kamera stereo.

Ia dipasang pada kamera depan bagi mengesan halangan dibahagian hadapan.

Ia memiliki empat fungsi utama yang membantu dalam situasi yang berbeza.

Antaranya ialah Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) Dan Pedal Misoperation Control (PMC).

bezza 2022 bezza 2022 bezza 2022

bezza 2022

Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan risiko pelanggaran dibahagian hadapan pada kelajuan antara 4 hingga 80km/j dan 4 hingga 50km/j bagi pejalan kaki.

Brek Pra-Pelanggaran (PCB) pula akan diaktifkan jika anda tidak memberhentikan kenderaan sejurus amaran dibunyikan.

Sistem ini akan mengaktifkan brek pertama yang disebut sebagai brek utama. Ia akan memperlahankan kenderaan dengan membrek secara perlahan.

Jika sistem mengenalpasti bahawa pelanggaran tidak dapat dielakkan,brek sekunder akan diaktifkan dan kereta akan diberhentikan sepenuhnya secara automatik.

Fungsi bagi Amaran Pergerakan Hadapan (FDA) membolehkan pemandu mengetahui apabila kenderaan hadapan telah bergerak. Ia akan mengesan kenderaan dalam jarak 10 meter dihadapan kenderaan anda.

Seterusnya ialah Kawalan Kesilapan Pedal (PMC). PMC mengawal kuasa enjin apabila pemandu secara tidak sengaja dengan menekan pedal minyak.

Kamera stereo mengesan halangan dalam jarak 4 meter dihadapan kereta anda. Apabila anda menekan pedal minyak, sistem PMC akan menahan kuasa enjin dan menghalang kereta daripada bergerak ke hadapan.

bezza 2022 bezza 2022

Enjin

Bezza 1.3 mendapat enjin empat silinder yang sesuai dengan Dwi VVT-i, menghasilkan 94 hp dan tork 121 Nm.

Enjin kini berputar lebih lancar, bunyi lebih senyap, dan hampir tidak ada getaran yang dapat dirasai.

Perodua telah gunakan automatic 4-kelajuan ringkas tetapi anda pasti merasakan kejutan peralihan walaupun anda hanya memecut dengan perlahan.

Kotak gear ini juga cukup pintar dan bertindak balas dengan cepat terhadap input, seperti menukarkan satu atau dua gear untuk memotong, dan ia pastinya lebih responsif daripada CVT lama.

bezza 2022

Varian dan Warna

Perodua Bezza didatangkan dengan tiga varian iaitu varian G, X dan AV.

Jika anda ingin menikmati kereta manual tetapi kelihatan sporty, Bezza telah mengeluarkan varian 1.0G dengan versi manual juga.

Bagi warna pula, terdapat enam pilihan warna yang sangat menyerlah iaitu Ivory White, Garnet Red, Glittering Silver, Granite Grey, Ocean Blue, Dan Juga Sugar Brown.

Bagi saya, Perodua sangat mementingkan variasi warna dalam setiap pengeluarannya kerana warna yang dikeluarkannya sangat menarik dan menepati citarasa rakyat Malaysia.

bezza 2022 bezza 2022

Harga

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pemilihan harga adalah perkara yang akan diutamakan jika ingin membeli sesuatu.

Pastinya kita ingin membeli sesuatu yang berbaloi dengan kadar pembayarannya.

Dengan harga Bezza yang bermula RM33,456.00 bagi spesifikasi 1.0G manual, ia adalah harga yang sangat mampu milik.

Dan bagi spesifikasi yang teratas juga iaitu varian AV, ia ditawarkan dengan harga RM48,356.00 sahaja.

Ingin saya maklumkan terlebih dahulu, harga yang disenaraikan dalah tidak termasuk dengan insuran dan cukai jalan.

Berbeza pula dengan harga kereta Myvi. Boleh layari link ini untuk lihat ciri-ciri penuh Myvi: Perodua Myvi Baru

bezza 2022 bezza 2022

Akhir kata, kereta Perodua Bezza merupakan kereta sedan pertama keluaran Perodua.

Dengan bonet belakang yang luas dan juga penggunaan minyak yang jimat, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang amat kompetatif dan murah.

Perusahaan Otomobil Perodua Sdn Bhd juga masih mengungguli carta data jualan kenderaan tertinggi di Malaysia setakat November 2019.

Untuk mengekalkan momentum ini, Perodua telah membuka tirai tahun 2020 dengan memperkenalkan model versi facelift iaitu Perodua Bezza 2020.

bezza 2022bezza baruharga bezzaperodua bezzaperodua bezza 2022

5 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di halaman ini dan ia adalah tanggungjawab penulis komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang berunsurkan spam, bersifat kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

  1. Normadihah
    -

    Saya sdg mencari bezza 1.3 auto

    • Tupasan Bin Jailani
      -

      Asalamulaikum puan sy mencari kereta bezza warna hitam

  2. Tupasan Bin Jailani
    -

    Asalamulaikum puan saya berminat dan saya mencari kerete bezza warna hitam
    Terima kasih semoga puan di murahkn rezeki

  3. Mohd Nazar
    -

    saya nak beli bezza warna silver..ada ke

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.