DISCLAIMER: Ini bukan web rasmi Perodua. Official web Perodua Malaysia ialah Perodua.com.my

Web Design by Pemaju Digital

Senarai Sales Advisor Perodua.

Perodua Myvi Baru: Ciri-Ciri dan Review Penuh Perodua Myvi 2022

3.2/5 - (4 votes)

Perodua Myvi yang dikenali sebagai “king of highway” telah melancarkan produk terbarunya Perodua Myvi Facelift 2022.

Perodua Myvi facelift telah meningkatkan ciri ciri teknologi dan keselamatan serta didatangkan dengan harga yang mampu milik.

Tawaran baharu ini adalah untuk memastikan pelanggan Perodua yang dihargai mendapat nilai yang terbaik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata “myvi adalah produk yang telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan telah diterima secara meluas oleh rakyat”.

Ia didatangkan dengan spesifikasi advance dan Smart Driving Assist. Pengeluar kereta Rawang masih mengekalkan myvi “ikon Malaysia” sebagai model utamanya dan “myvi tidak boleh ketinggalan dari segi kemajuan teknologi” kata syarikat itu.

Terdapat banyak teknologi dan peralatan baharu, warna dan kemasan serta perubahan besar dalam industri Automotif Perodua.

Jadi mari kita rungkaikan kelebihan ciri-cirinya.

myvi 2022
Kereta ini didatangkan dengan ASA 3.0 safety features yang sangat cangih seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Pedal Misoperation Control dan Front Departure Alert.

Ruang Dalaman
myvi 2022
Gambar diatas menunjukkan ruang dalaman myvi facelift yang lebih contrast dan elegen dengan paparan Smart Digital, Power Mode Drive, Multi-Info Display LCD TFT Yang Lebih Jelas, Voice Recognition, Auto Lock Dan Unlock System, Intergrated Driving Video Recorder (DVR) dan Built In Toll Reader.

Varian AV menerima kemasan berwarna merah pada konsol tengah dan corong pendingin hawa. Tempat duduk kulit pula menggunakan tona merah/hitam.

Antara itu terdapat juga kelebihan kelebihan seperti berikut :
• Kemasukan tanpa kunci dan push start button
• Kunci pintu auto sensitif kelajuan
• Tingkap kuasa, auto naik/turun untuk pemandu sahaja
• Unit kepala 2-DIN dengan input radio dan USB, empat pembesar suara (10 cm/10 cm)
• Kawalan penyaman udara digital (dengan dua tetapan memori)
• Stereng dengan pelaras kecondongan
• Tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian
• Fabrik tempat duduk baru dengan reka bentuk standard
• Luas dalaman bonet 277 liter (boleh dikembangkan kepada 832L dengan tempat duduk belakang di bawah)
• Poket sisi di tempat duduk hadapan (untuk telefon bimbit
• Shopping hook dan anti snatch handbag hook

myvi 2022 myvi 2022

Engine
myvi 2022

Perodua myvi telah menaik taraf paling besar daripada kotak gear automatic empat kelajuan kepada transmisi D-CVT untuk enjin 1.3 dan 1.5 litre. D-CVT ialah sistem CVT gear split pertama didunia.

D-CVT ini berfungsi seperti mana mana CVT lain dengan tork enjin melalui penukaran tork seperti Toyota dan Honda CVT.

Perodua juga menawarkan penjimatan sebanyak lima peratus menjadi 22.2km/l (enjin 1.3) dan 21.1km/l bagi enjin 1.5 liter.

Pecutan juga meningkat dari 0 ke 100 juga 20 peratus lebih pantas dengan catatan 11.5 saat untuk enjin 1.3 liter dan 10.2 saat bagi enjin 1.5 liter.

Seperti yang diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia, myvi digelar sebagai “raja jalanan” kerana prestasinya yang hebat dijalanraya.

Prestasi itu dapat dicapai kerana saiz kotak gear yang lebih ringan dan myvi facelift menawarkan pecutan yang lebih lancar pada kelajuan yang rendah.

Pemasangan system keselamatan juga dibaik pulih dengan inisiatif untuk merealisasikan matlamat teknologi automotif. Enjin Dual VVT-i, DOHC NR adalah moden dan terkini, dan ia tidak berubah.

Unit 1NR-VE 1.3 liter mengeluarkan 94 hp pada 6,000 rpm dan tork 121 Nm pada 4,000 rpm. 2NR-VE 1.5 liter pula menghasilkan 102 hp pada 6,000 rpm dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Kedua-duanya mempunyai hentian automatik Eco Idle.

Ciri Ciri Keselamatan
myvi 2022

Bagi ciri ciri keselamatan pula, perodua myvi menaik taraf tahap keselamatannya supaya lebih selamat dan efisyen untuk digunakan pada semua penggunanya.

Malahan sistem keselamatan yang dinaik taraf adalah jauh lebih selamat untuk dimiliki dengan harga yang sangat sangat berbaloi.

Sementara itu, Perodua memperkenalkan Advanced Safety Assist (ASA) dalam Myvi pada 2017, melancarkan ASA 2.0 yang dipertingkatkan di Aruz pada 2019 dan memperkenalkan ASA 3.0 dengan Ativa tahun ini, komponen di bawah Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

ASA 3.0 safety features yang sangat cangih dilengkapi dengan Pre Collision Warning, Pre Collision Braking, Pedal Misoperation Control Dan Front Departure Alert.

Semua ciri itu boleh didapati pada varian AV yang melayakkannya menjadi kereta dengan teknologi Autonomi Tahap 2.

Suite ASA yang merangkumi ciri ciri keselamatan lain seperti Amaran Pra-perlanggaran (PCW), Brek Pra-perlanggaran (PCB atau AEB), Makluman Berlepas Hadapan (FDA) dan Kawalan Salah Operasi Pedal (PMC) adalah standard merentasi julat Myvi 2022 kecuali untuk asas 1.3 G, yang boleh dimiliki dengan ASA, Auto High Beam dan Amaran/Pencegahan Berlepas Lorong sebagai pilihan.

myvi 2022 myvi 2022 myvi 2022 myvi 2022

Pre-Collision Warning pula berfungsi dengan sistem menekan brek untuk mengesan kenderaan, pejalan kaki, motorsikal dan basikal pada kelajuan 4-120km/j bagi kereta dan motorsikal dan 4-60km/j untuk pejalan kaki. Sistem ini juga boleh digunakan sepanjang masa.

myvi 2022

Bagaimana PCW ini berfungsi? Secara ringkasnya ia akan berfungsi sekiranya kenderaan anda mendekati kenderaan hadapan dalam jarak yang tidak selamat, PCW ini akan berbunyi amaran dua saat sebelum.

Jika anda masih lagi tidak melakukan apa apa tindakan pada brek dan stereng, maka Pre-Collision Braking (PCB) pula akan diaktifkan.

Pre-Collision Braking mempunyai ciri ciri yang sama seperti Autonomous emergency Braking (AEB) dengan membrek kenderaan dengan memberhentikannya sepenuhnya.

ia akan melalui dua peringkat iaitu sederhana kuat dan kuat. Pada tahap sederhana kuat, kereta anda akan membrek pada 1.3 saat sebelum pelanggaran manakala 0.8 saat pula pada tahap yang kuat.

Ia akan membuat pemandu dan penumpang merasa tekanan yang agak kuat sebelum memberhentikan kenderaan mereka.

Pedal Misoperation Control (PMC) pula berfungsi untuk mengesan halangan pada laluan hadapan dalam jarak empat meter dengan tidak membenarkan pemandu untuk menekan minyak bagi menambah kelajuan.

Ianya sangat berguna untuk mengelakkan situasi yang lebih teruk seperti pemandu yang tersilap memijak brek dengan memijak pedal minyak.

Seterusnya, Front Departure Alert atau dikenali sebagai FDA pula bertindak untuk memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan hadapan bergerak dan pemandu masih lagi tidak berbuat apa apa.

Sebagai contoh di lampu isyarat dan anda sedang bermain telepon, sekiranya kereta hadapan sudah bergerak, ia akan memaklumkan pemandu dengan situasi itu.

Warna, Varians dan Harga
myvi 2022
Bagi keluaran myvi facelift 2022 ini, perodua mengeluarkan enam warna yang sangat menarik iaitu Lava Red, Granite Grey, Solid Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue dan Cranberry Red.

Dalam pemilihan warna pula, Cranberry Red merupakan pilihan utama yang menjadi pilihan pembeli.

Ini kerana Cranberry Red adalah warna baharu yang menarik ramai serta warnanya yang lebih terang dan merah berbanding Pearl Delima Red Ativa Dan Passion Red Aruz.

myvi 2022

Seterusnya untuk harga dan varian pula, facelift Myvi 2022 bermula daripada 1.3 G tanpa ASA/LDW/LDP/AHB pada harga RM45,700.

Manakala 1.3G pula boleh didapati pada harga rm47,700 dengan tambahan ASA/LDW/LDP/AHB.
Varian berikutnya ialah 1.5 X pada harga RM49,900.

Selain daripada enjin yang lebih besar, varian masukan 1.5L mendapat ASA/LDW/LDP/AHB, mod Kuasa, lampu depan auto, bluetooth dan cermin sisi lipat automatik (apabila kereta dikunci).

Diikuti pula dengan myvi 1.5H dengan harga pembukaan sebanyak rmRM53,900 dengan spek yang tinggi.

Ia didatangkan dengan spek yang sama dengan AV kerana DRL LED baru, pemegang pintu dalam design chrome, skirt sisi dan bampar belakang dua tona, dan ada spoiler dibelakang.

Spesifikasi ini memberikan unit skrin sentuh yang diperbesarkan (USB, Bluetooth, SmartLink, HDMI, pengecaman suara), toll card reader, stereng kulit, tempat letak kepala belakang boleh laras/boleh tanggal.

Akhir sekali, AV dengan harga RM58,800, yang menjadikan dalamannya lebih eksklusif AV dengan tempat duduk kulit merah, konsol AC merah, panel meter bertema merah dengan TFT MID, kamera undur, kamera pemuka dan ACC/LKC/BSM/RCTA .

Ini menjadikan myvi facelift 2022 kereta yang mempunyai ciri ciri keselamatan yang lebih ketat pada harga yang dibawah RM60,000 dengan lima tahun/150,000km warranty.

Berbeza pula dengan harga kereta Aruz. Boleh layari link ini untuk lihat ciri-ciri penuh Aruz: Perodua Aruz Baru

myvi 2022

Kesimpulannya, apa pandangan anda tentang ciri berkenaan, adakah ia cukup menarik dan berguna?

Tambahan pula pada harga ia ditawarkan, ini tentunya sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan harapnya boleh mendidik pemandu untuk lebih bertanggungjawab ketika dijalan raya.

myvi 2022myvi 2022 myvi 2022 myvi 2022

 

myvi 2022myvi baruharga myviperodua myviperodua myvi 2022

4 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di halaman ini dan ia adalah tanggungjawab penulis komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang berunsurkan spam, bersifat kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

  1. Izz
    -

    Kenapa bila drive myvi av ni, video disable. Cuma muzik sahaja. Ada cara utk enabled x? Mcm mana penumpang lain nk tgk video yg dipasang tu

  2. KJ lee
    -

    Perodua myvi 1.5 AV thn 2022 saya selepas odometer 7700km display icon spanner atau servis, selepas hantar ke perodua servis utk servis 6bln / 10,000km. Icon spanner servis masih lagi display. Kereta ini amatlah high end dgn sistem ini, tetapi selepas servis masih lgi display.. Memang annoying. Diharap servis Centre perodua melihat perkara ni dgn serius. Apakah cara yg boleh hilangkan display icon spanner servis tersebut.

  3. Rojolina
    -

    Kenapa MYVI AV 1.5 2023 tiada GPS? , ,Berbanding dengan Myvi 2018 ada dipasang GPS, kalau ditambah features, janganlah kasi kurang yang lain. Saya lebih suka jika ada GPS😏

  4. Awi
    -

    Saya baru dapat myvi 1.5av pada 31/1/24…x sampai 2 weeks…seat height adjuster rosak…hahahaha….regading the dcvt gearbox…ade cam semput/jerk sikit at low gear(lagi2 jam atau tengah slow)…dah pergi service center …drng cakap normal
    Is it true? Hahaha ….. overall driving experience was good and fun…tapi yang semput and jerking tu…betul2 x selesa

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.